Peluang cuti hujung minggu yang panjang pada minggu lepas ku ambil untuk pergi bercuti di Hatyai & Songkhla. Dengan tukaran wang yang tidak banyak beza, iaitu dengan RM100 kita akan mendapat 975Baht, banyak benda sebenarnya yang kita dapat beli. Ini kerana barang2 di sana amat murah sekali. Ada juga peniaga yang menerima wang Malaysia dengan nilai 100Baht persamaan RM10.00. Jadi anda tidak perlu risau jika tidak membawa wang Baht yang cukup apabila ke sana. Untuk menukar wang pun amat senang sekali, pendek kata Thailand adalah destinasi menarik untuk melancong sambil bershopping. Ayuh! Jom lihat beberapa gambar menarik di Hatyai dan Songkhla.
Di kawasan Lee Gardens Plaza Hotel ini terdapat ramai peniaga jalanan yang menawarkan barangan pada harga yang murah
Jika ingin membeli kekacang dan buah2 kering, ada banyak dijual di Hatyai ni
Panorama menarik di Pasar Terapong atau Floating Market berdekatan Songkhla.
Daya tarikan utama di pantai Samila Songkhla, patung Duyong.
No comments:
Post a Comment