nuffnang

Friday, May 10, 2013

Kelebihan Puasa Di Bulan Rejab

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga” 

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Wednesday, January 30, 2013

Seronoknye melancong ke Hatyai/Songkla

Peluang cuti hujung minggu yang panjang pada minggu lepas ku ambil untuk pergi bercuti di Hatyai & Songkhla. Dengan tukaran wang yang tidak banyak beza, iaitu dengan RM100 kita akan mendapat 975Baht, banyak benda sebenarnya yang kita dapat beli. Ini kerana barang2 di sana amat murah sekali. Ada juga peniaga yang menerima wang Malaysia dengan nilai 100Baht persamaan RM10.00. Jadi anda tidak perlu risau jika tidak membawa wang Baht yang cukup apabila ke sana. Untuk menukar wang pun amat senang sekali, pendek kata Thailand adalah destinasi menarik untuk melancong sambil bershopping. Ayuh! Jom lihat beberapa gambar menarik di Hatyai  dan Songkhla.

Di kawasan Lee Gardens Plaza Hotel ini terdapat ramai peniaga jalanan yang menawarkan barangan pada harga yang murah

Jika ingin membeli kekacang dan buah2 kering, ada banyak dijual di Hatyai ni



Panorama menarik di Pasar Terapong atau Floating Market berdekatan Songkhla.


Daya tarikan utama di pantai Samila Songkhla, patung Duyong.





Monday, December 10, 2012

Resipi nasi ayam

Hari ni sambil melayar laman web, saya terjumpa dengan resipi nasi ayam oleh juadahmalaysia.com yang ingin dikongsi bersama anda.


Bahan-Bahan (utk 2 orang makan)
A. Untuk rebusan ayam
4-5 ketul ayam
4 cawan air
secubit garam
B. Untuk nasi
2 pot beras panjang (Basmati) – saya guna beras wangi sebab basmati mahal. Jangan lupa cuci dulu.
2 sudu besar mentega/minyak – (planta lagi best)
2 ulas bawang merah – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris
2 cawan air rebusan ayam tadi – kalu tak cukup, tambah air biasa
2 sudu besar stok pekat ayam (sya guna jenama maggi)
1 helai daun pandan
sedikit garam.
C. Untuk perapan ayam
4-5 ketul ayam yang direbus tadi – keluarkan ayam daripada air rebusan
1 inci halia
3 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
secubit garam
D. Untuk sambal atau sos
3 biji cili masak
2 biji tomato
garam dan gula
E. Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 kiub ayam (saya guna jenama maggi)
lobak merah
baby corn
daun sup
secubit garam – jika perlu
F. Untuk Salad
daun salad, buah tomato, timun
Cara-cara membuatnya :
A. Rebus ayam selama 15 minit di dalam periuk berisi air.
B. Gunakan Rice cooker. Masuk mentega kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga beraroma. Masukkan air rebusan ayam bersama stok pekat ayam. Kemudian masukkan beras. Perasakan dengan sedikit garam. Gaulkan beras seketika. Jangan lupa letakkan daun pandan supaya nasi berbau harum. Tutup periuk sehingga semuanya sebati dan masak.
C. Tumbuk lumat halia dan bawang putih. Gaulkan ke atas ayam yang direbus tadi. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Ratakan dan tabur sedikit garam. Perap ayam ni selama 1 jam. Kemudian goreng ke dalam minyak yang panas.
mula2 ayam direbus. kemudian diperap dengan bahan perapan. setelah itu baru digoreng
D.Potong sederhana cili merah dan tomato. kemudian kisar sehingga hancur. Letakkan dalam mangkuk dan perisakan dengan sedikit garam dan gula.
E. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga terbit aroma. Masukkan lebihan air rebusan. Kemudian masukkan kiub ayam. kacau seketika dan masukkan sayur lobak dan baby corn. Agak2 sayur lembut. perisakan dengan garam dan akhir sekali tabur daun sup.
F. Hiasi nasi ayam dengan daun salad, tomato dan timun. Sedia untuk dihidangkan.

ayam digoreng garing
inilah set lengkap nasi ayam versi saya. mmm..sedapnya, bau nasi harum semerbak. makan panas-panas memang meletop walaupun saya menikmatinya sorang-sorang  

Friday, November 30, 2012

Malaysia vs Indonesia Piala AFF-2012

Malaysia (Harimau Malaya) lawan Indonesia (Garuda) pada sabtu 1.12.2012 jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mengakhiri perlawanan yang ketiga peringkat kumpulan B dalam saingan Piala AFF Suzuki

Friday, November 23, 2012

Peluang Syahid di Gaza

HEBAHAN AWAM Ulasan:- Siapa yang berhajat untuk menjadi sukarelawan Gaza, sila hubungi Aman Palestine dengan segera sebelum 26 Nov 2012 https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/224074_460620307312814_651928473_n.jpg

Thursday, September 6, 2012

Hanya Dia yang tahu..

Hari hari ku melihat langit
warna kebiruan yang sering menambat hatiku
seiring ingatan yang tak pernah padam
dan bisikan yang selalu menyapaku
kupanjatkan kesyukuran di atas rahmatNya
hanya Dia yang tahu
kemana tujuan yang akan ku bawa
adakah kemarin akan berulang?
atau mungkinkah esuk ada magis yang menanti?
hanya Dia yang tahu
aku pasrah

Boy With Cat-Like Eyes Discovered in China

Boy With Cat-Like Eyes Discovered in China